Friday 27 February 2015

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DIRI TAHUN 6

Tarikh : 24 Februari 2015

Hari    : Selasa

MATLAMAT

Bagi melahirkan anak-anak bangsa yang berilmu dan berpelajaran di samping membantu para pelajar memperolehi teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Program ini diharap dapat menanamkan semangat dan cita-cita tinggi kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dan dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF

Di akhir program ini murid dapat :
  1. Mengetahui apakah kriteria menjadi pelajar cemerlang
  2. Memahami dan mengamalkan budaya pelajar cemerlang dalam kehidupan.
  3. Membantu pelajar memanfaatkan peluang dan potensi yang ada bagi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.










































MAJLIS PENYERAHAN MENTOR MENTEE

ISNIN 23 FEBRUARI 2015
TEMA : MEMBANGUN SAHSIAH DIRI DAN AKADEMIK MELALUI BUDAYA AMALAN PENYAYANG

OBJEKTIF 
  1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor mentee atau antara guru dan murid
  2. Memupuk semangat saling bantu- membantu dan menghargai antara satu sama lain. 
  3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah hasil daripada bimbingan dan sentuhan mentor yang mengambil berat terhadap kebajikan mereka.
  4. Membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah 
FUNGSI SISTEM MENTOR 
  1. Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan .
  2. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi murid yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi. 
  3. Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar
  4. Mengurangkan masalah pelajar termasuk masalah keluarga dan peribadi
PENGISIAN SETIAP PERJUMPAAN:

a) Pembangunan Sahsiah Diri Murid
b) Peningkatan Disiplin Murid
c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan
d) Akademik

Bacaan doa sebelum majlis penyerahan oleh Ustaz Hasnom

Ucapan Pn Hjh.Rosyatimah, Guru B & K

Cenderamata untuk mentor


Ucapan Guru Besar En Mohamad Jafar bin Ibrahim

Perasmian

Guru Besar menerima mentee

Guru Besar bersama mentee

Pn Norhaslinda, GPK HEM bersama mentee

Pn Hjh Musilah, PK Kurikulum menerima fail mentee

Bersama anak-anak angkat

Guru Besar menyerahkan fail kepada En Shahrul Izal, PK Ko Kurikulum

Bersama mentee

Thursday 12 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH PENGAWAS PUSAT SUMBER PEMBIMBING RAKAN SEBAYA KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SESI 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS
SESI 2015

Tarikh : 11 Februari 2015( Rabu ) 
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Bestari SKDB


Objektif Kursus Kepimpinan ini adalah :
  1. Membentuk sahsiah dan personaliti pemimpin di kalangan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. 
  2. Melahirkan pemimpin kecil yang berketrampilan dan cemerlang .
  3. Mendidik mereka agar yakin dan berani melahirkan pendapat berdasarkan hujah yang bernas serta dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Penceramah:
En. Irman Shah bin Azhar 

Program ini diharap dapat membentuk sahsiah dan personaliti pemimpin di kalangan Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan ketua dan penolong kelas disamping melahirkan pemimpin kecil yang berketrampilan dan cemerlang Selain itu diharapkan mereka agar yakin dan berani melahirkan pendapat berdasarkan hujah yang bernas serta dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.