SEJARAH SK DESA BAIDURI
- SK Desa Baiduri mula beroperasi pada 1 Ogos 2000.
- Semasa mula-mula dibuka, seramai 143 orang murid dan 15 orang guru sahaja ditempatkan dan ditugaskan di sini.
- Pada tahun 2001, jumlah murid bertambah secara mendadak iaitu seramai 1,500 orang.
- Guru pula bertambah menjadi 67 orang yang diterajui oleh Encik Mohd Sharil.
- Lagu dan logo sekolah ini telah dicipta dan digubah oleh Encik Roslan bin Din, Encik Suhaimi bin Abd Rahman, Encik Nazri bin Abu Bakar, and Encik Faizal Haedee bin Abd. Hamid. Pada tahun 2011, perkataan 'pedoman' dalam lirik lagu telah ditukar kepada 'panduan'. Melodi lagu juga telah digubah semula oleh Komposer terkenal (Pak Ngah) menjadi lebih malar segar.
- Sebuah blok bangunan 4 aras siap dibina pada tahun 2009. Pembinaan tersebut dapat menampung jumlah murid yang kian bertambah. Blok tersebut turut menempatkan sebuah bilik guru baru.
Sumber dari: http://sejarahskdb.blogspot.com/2009/02/sejarah-skdesa-baiduri.html
PIAGAM SEKOLAH
Kepada Pelajar-pelajar
Kepada Pelajar-pelajar
Membimbing dan memupuk potensi pelajar-pelajar sepenuhnya kearah kecemerlangan intelek, akhlak, rohani dan jasmani untuk mencapai hasrat 3M dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa, menarik dan selamat.
Kepada Ibu Bapa
Memberikan perkhidmatan dan bantuan yang seoptimum untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita kearah yang lebih cemerlang.
Kepada Staf
Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni, berkesan dan jitu dalam menjayakan wawasan sekolah selaras dengan budaya 'cepat, cekap dan tepat'
SLOGAN SEKOLAH
SKDB HEBAT
PERINCIAN VISI
TENAGA PENDIDIK YANG CEMERLANG DAPAT MELAHIRKAN INSAN TERPELAJAR DAN MEMBENTUK NEGARA YANG BERJAYA, HARMONI DAN SEJAHTERA
OBJEKTIF SEKOLAH
SLOGAN SEKOLAH
SKDB HEBAT
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
TENAGA PENDIDIK YANG CEMERLANG DAPAT MELAHIRKAN INSAN TERPELAJAR DAN MEMBENTUK NEGARA YANG BERJAYA, HARMONI DAN SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISITEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
PERINCIAN MISI
KEMENJADIAN MURID DARI SEGI PENCAPAIAN KO KURIKULUM DAN
KO KURIKULUM. PEMBENTUKAN SAHSIAH MURID YANG TAAT KEPADA AGAMA, BANGSA DAN
NEGARA SERTA HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG YANG LEBIH TUA.
OBJEKTIF SEKOLAH
- Berhasrat menjadi antara 10 buah sekolah terbaik di Daerah Hulu Langat dalam pencapaian UPSR.
- Sentiasa memberi ruang and peluang kepada semua warga SKDB dalam mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
- Semua pelajar SKDB dapat menguasai 3M selepas 6 tahun persekolahan.
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, selesa, selamat dan harmonis di antara warga SKDB dan masyarakat setempat.
- Guru-guru dan kakitangan SKDB dapat bekerjasama untuk menjayakan hasrat sekolah khasnya dan negara amnya.
No comments:
Post a Comment