VISI
Sekolah
Bebas Dadah
MISI
Melahirkan pelajar
bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa )
yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah,rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AidsMembangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
- Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah
ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang
ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah ’
SASARAN
Semua guru,kakitangan
sekolah dan murid-murid SK Desa Baiduri
TARIKH
6 hingga 10 April 2015
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
1. Majlis Pelancaran Dan Perasmian Minggu
Pendidkan Dan Pencegahan Dadah
2. Program 5 Minit Anti Dadah
Aktiviti ini diadakan pada awal pagi hari Selasa
sehingga hari Khamis. Dalam aktiviti ini guru bersama pengawas PPDa memilih tajuk
berkaitan dadah dan menerangkan kepada murid di dataran perhimpunan pada awal
pagi. Guru-guru yang terlibat ialah En Adlan, En Yusrizal Yusof, Pn Norelawati
bt Abu Hassan dan Pn Hjh Ros Yatimah bt Hj Amat.
Tajuk yang disampaikan adalah apa itu dadah, jenis-jenisnya,
kesan dadah dan cara mengelak terjebak ke dalam jerat dadah. Diadakan juga
soalan kuiz spontan dan murid diberi hadiah.
3. Pameran Anti Dadah.
Aktiviti
ini dilaksanakan pada setiap hari sesi pagi dan petang di bilik PPDa. Bilik ini
dilengkapi dengan bahan-bahan pameran yang bersesuaian dan murid-murid melihat model rokok serta buku-buku, brosur
dan risalah berkaitan dadah. Murid-murid masuk ke bilik ini mengikut jadual
yang telah disediakan.
4. Pertandingan Melukis Dan Mewarna Poster
Pertandingan
ini melibatkan semua murid. Tahun 1 hingga Tahun 3 mewarna poster manakala
melukis poster untuk tahun 4 hingga 6. Semua murid menyertai aktiviti ini
semasa kelas Pendidikan Seni Dan Visual.
5. Pertandingan
Koir Anti dadah
Pertandingan Koir Anti Dadah ini khusus untuk murid tahun 4. Setiap kelas mengambil bahagian dengan aktif. Setiap
kumpulan mengandungi 15 orang peserta. Pertandingan telah diadakan pada hari
Khamis selepas waktu rehat. Aktiviti berjalan dengan lancar.
6. Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Pertandingan
ini khusus untuk murid-murid tahun 6 sahaja. Peserta dipilih 2 orang daripada
setiap kelas lelaki dan
perempuan.Aktiviti ini dijalankan pada hari Jumaat selepas perhimpunan.
Murid-murid mencari skrip sendiri dan sajak bertema anti dadah.
7. Pertandingan Sahibba
Pertandingan
membina perkataan berkaitan dadah melalui permainan sahibba ini dikhususkan
kepada murid-murid tahun 5 sahaja. Penyertaan terdiri daripada 2 orang murid
setiap kelas ( seorang lelaki dan seorang perempuan).
Pertandingan
telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan mendapat kerjasama sepenuhnya
daripada AJK yang ditugaskan.
Menceriakan laluan PPDa
Ahli Pembimbing Rakan Sebaya mengemaskini bilik PPDa
sebelum pameran bermula
Deklamasi sajak
Ucapan Perasmian oleh En Mohamad Jafar bin Ibrahim,
Guru Besar SK Desa Baiduri
Lafaz Ikrar Anti Dadah
Melihat pameran di bilik PPDa
Murid-murid Tahun 1 mendengar penerangan
mengenai bahaya dadah
Murid-murid pra sekolah juga diberi pendedahan
tentang bahaya dadah
Murid sesi petang melihat pameran
Khusyuk melihat pameran
Kuiz spontan Program 5 Minit Anti Dadah
Permainan sahibba membina perkataan anti dadah
Memerah otak mencari nama-nama dadah
Koir anti dadah
Koir anti dadah
No comments:
Post a Comment