UBK

VISI PERKHIDMATAN
UNIT B & K

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di SK Desa Baiduri menjelang tahun 2015

FALSAFAH PERKHIDMATAN 
UNIT B & K

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


MISI PERKHIDMATAN
UNIT B & K
  1. Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya: 
  2. Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. 
  3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. 
  4. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. 
  5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. 
  6. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar. 
  7. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar
PIAGAM PELANGGAN 
UNIT B & K
  1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik. 
  2. Menerima semua klien tanpa syarat. 
  3. Memenuhi temujanji klien. 
  4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain. 
  5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional. 
  6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 30 hingga 60 minit setiap sesi individu atau kelompok. 
  7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta. 
  8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
PERKHIDMATAN B&K 

AKADEMIK 
  1. Kemahiran belajar 
  2. Kemahiran pengurusan masa 
  3. Kemahiran pengurusan diri 
  4. Strategi Menghadapi Peperiksaan 
  5. Kemasukan ke SBP/MRSM/SMKA/Sekolah Menengah Harian
PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL 
  1. Ujian / Inventori / Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial 
  2. Kemahiran Berkomunikasi 
  3. Kemahiran Asertif / Tegas Diri 
  4. Pengurusan Tekanan 
  5. Kemahiran Membuat Keputusan 
  6. Kemahiran Pengurusan Stres 
  7. PerkembanganAwal Remaja 
  8. Konsep Kendiri 
  9. Program PMD/PTD 
KERJAYA 
  1. Pemilihan cita-cita 
  2. Mengenal personaliti , minat kerjaya dan maklumat kerjaya 
  3. Minggu Kerjaya 
PEMBANGUNAN DIRI 
  1. Kemahiran Komunikasi 
  2. Kemahiran penyelesaian masalah 
  3. KepimpinanKemahiran tegas diri 
  4. Pembimbing Rakan Sebaya 
  5. Kemahiran sosial 
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH/HIV/AIDS/INHALAN 
  1. Minggu PPDa 
  2. Sikap benci kepada dadah dan inhalan 
PENGURUSAN & PENTADBIRAN 
  1. Sistem fail 
  2. Borang-borang 
  3. Laporan aktiviti 
  4. Buku stok 
  5. Inventori / soal selidik 
  6. Minit mesyuarat 
  7. Penyata kewangan 
  8. Rekod lawatan ke rumah 
  9. Rekod perkhidmatan luar 
  10. Rekod konsultasi ibu bapa 
  11. Rekod kelas ganti 
  12. Rekod kaunseling individu 
  13. Rekod kaunseling kelompok 
  14. Kelab Bimbingan Dan Kerjaya 
  15. Pelan Strategik 
  16. Perancangan tahunan 
  17. Laporan tahunan



No comments:

Post a Comment