PRS

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Senarai Nama PRS SKDB
  1. Ammar Syazwan bin Azhar 
  2. Nur Hasya Dania bt Nor Hisham 
  3. Siti Nurzulaikha bt Hamzah 
  4. Muhammad Alif Haikal b Mohd Anuar 
  5. Muhammad Sufyan b Hanzi 
  6. Rohaizadd Aryff bin Yusri 
  7. Nur Shazarina bt Shahran 
  8. Wafa Irdina bt Nordin 
  9. Nur Fakhirah bt Ismail 
  10. Kamarun Izam bin Kamaruddin 
  11. Mohamad Firdaus bin Sulaiman 
  12. Nur Wafa Natasha bt Marizzuan 
  13. Nur Hannah Batrisyabt Muhammad Safri 
  14. Nur Syafika Ayuni bt Mohd Bahari 
  15. Nurul Hazirah bt Suhaimi 
  16. Luqman Syawal bin Mohd Zain 
  17. Izzal Acriel bin Mohd Hasni 
  18. Nur Qamarina Dania bt Jarizan 
  19. Nur Izzati bt Ithmawi 
  20. Nur Farah Waheeda bt Azlan 
  21. Muhammad Abdullah bin Faizal 
  22. Nur Syazana bt Mohd Rose Din 
  23. Wan Alizan bin Wan Umar 
  24. Nor Alya Najiha bt Zainuddin 
  25. Nur Ain bt Zolkefley 
  26. Muhammad Nur Yazid bin Zamri 
  27. Siti Wirdani bt Mohd Kamal 
  28. Muhammad Syariful Azharuddin b Shieky 
  29. Mahirah bt Mohd Hisham 
  30. Nurul Farisya Ilyana bt Khairol Din 
  31. Syahman Mirza bin Mazmi 
  32. Nur Fadha bt Ahmad 
  33. Nurlyana Nadiera bt Muhammad Shamsudin 
  34. Aneestasya Neilya bt Mohd Nor Idham 
  35. Nurizzureen Fazana bt Idris 
  36. Ana Narisa bt Muhd Nizam 
  37. Amirah Batrisya bt Nordin 
  38. Nurul Ain Shafiyyah bt Sabri 
  39. Siti Adeeza Alysya bt Zaferi 
  40. Farah Nuraffrina bt Azhari 
  41. Anas Ansarullah b Mohd Khairi 
  42. Nur Alisya Shafiqah 
  43. Balqis Qistina bt Rohaizad 
  44. Nurul Anis Farhana bt Mohd Ikmal 
  45. Nurin Damia bt Mohd Imran 
  46. Muhammad Firdaus bin Zamzuri 
  47. Muhammad Raziq bin Rozman 
  48. Muhammad Shahirman b Sharulizam 
  49. Busyro Amani bt Mohd Zaki 
  50. Nur Arifa Athirah bt Yusri 
  51. Muhammad Azim Afiq b Mohhamad
  52. Nur Sabrina bt Muhammad Rapi
SIAPAKAH PRS
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

PRINSIP PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.

MATLAMAT
  1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
  2. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
  3. Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.
OBJEKTIF
  1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
  2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
  3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
  4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
ETIKA PRS
  • PRS perlu patuh kepada etika berikut:
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
  • Tahu batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
  • Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain
  • Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS.
  • Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
  • Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
  • Berusaha menjadi pelajar contoh.
  • Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
  • Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS
TUGAS PRS
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
  • Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu.
  • Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
  • Sebagai Role Model kepada pelajar lain. 
  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, 
  • Berasa selesa dan berimpati.
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  • Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
  • Mematuhi etika kerahsiaan.
  • Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  • Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan 
  • Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  • Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
AKTIVITI PRS
  1. Mesyuarat Agung PRS
  2. Pelantikan AJK
  3. Pembahagian Tugas
  4. Penyampaian Watikah
  5. Kursus Modul Bongsu
  6. Kursus Kepimpinan
  7. Semakan Buku Log PRS
  8. Bimbingan Penyelesaian Masalah
  9. Lawatan Kerjaya
  10. Minggu Kerjaya
  11. Penilaian dan penyampaian sijil
  12. Ekspo Mini Kelab Bimbingan Dan Kerjaya
  13. Majlis Jamuan Akhir Tahun





PROGRAM OUTBOUND THERAPY

Tarikh    : 8 April 2015
Tempat   : IOI Mall Putrajaya


Program ini merupakan aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan PRS seluruh Daerah Hulu Langat. Setiap sekolah menghantar 4 orang peserta untuk mewakili sekolah dalam permainan boling. Aktiviti berlangsung penuh meriah.













































4 comments:

  1. assalammualaikum,cikgu mana gambar masa kursus kempimpinan cikgu ..........cikgu belum masukkan lagi ke???

    ReplyDelete
  2. SAYA NOR ALYA NAJIHA BINTI ZAINUDDIN PRS

    ReplyDelete
  3. Walaikumsalam..maaf lambat jawab..dah tengok gambar-gambar kan..

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam..maaf lambat jawab..dah tengok gambar-gambar kan..

    ReplyDelete