Sunday 6 September 2015

PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN BELAJAR X-PLUS MURID TAHUN 5

MATLAMAT

        Bagi melahirkan anak-anak bangsa yang berilmu dan berpelajaran di samping membantu para pelajar melihat secara dekat kuasa minda dan bagaimana ia berfungsi  dan mampu untuk menguruskannya agar murid menjadi lebih cemerlang. Kuasa minda mampu membantu menaikkan semangat untuk belajar dengan cemerlang.

OBJEKTIF

ü  Menggilap dan menjana potensi yang ada pada setiap diri insan untuk membina kecemerlangan diri.
ü  Memahami bahawa kelemahan diri disebabkan oleh kepercayaan negatif yang membelenggu pemikiran.
ü  Mengetahui dan memahami apakah kunci dan faktor utama kecemerlangan dalam pembelajaran
ü  Membantu meningkatkan kesedaran diri dan memahami tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab.

SASARAN


        Semua murid tahun 5


PELAKSANAAN


        a.     Tarikh                        :       26 Mac 2015
        b.     Hari                           :       Khamis
        c.      Masa                         :       7.30 pagi – 10.20 pagi
        d.     Tempat                      :       Dewan Bestari SKDB

        e.     Bidang                       :       Peningkatan Disiplin Dan Sahsiah Diri 




































Saturday 5 September 2015

PPDA

VISI
Sekolah Bebas Dadah
MISI
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

OBJEKTIF

  1.  Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah,rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AidsMembangun modal insan yang memiliki  ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  2. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  3. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar  mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah ’

SASARAN

Semua guru,kakitangan sekolah dan murid-murid SK Desa Baiduri

TARIKH

6 hingga 10 April 2015

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

1.   Majlis Pelancaran Dan Perasmian Minggu Pendidkan Dan Pencegahan Dadah

2.   Program 5 Minit Anti Dadah

Aktiviti ini diadakan pada awal pagi hari Selasa sehingga hari Khamis. Dalam aktiviti ini guru bersama pengawas PPDa memilih tajuk berkaitan dadah dan menerangkan kepada murid di dataran perhimpunan pada awal pagi. Guru-guru yang terlibat ialah En Adlan, En Yusrizal Yusof, Pn Norelawati bt Abu Hassan dan Pn Hjh Ros Yatimah bt Hj Amat.

Tajuk yang disampaikan adalah apa itu dadah, jenis-jenisnya, kesan dadah dan cara mengelak terjebak ke dalam jerat dadah. Diadakan juga soalan kuiz spontan dan murid diberi hadiah.

3.     Pameran Anti Dadah.

Aktiviti ini dilaksanakan pada setiap hari sesi pagi dan petang di bilik PPDa. Bilik ini dilengkapi dengan bahan-bahan pameran yang bersesuaian dan murid-murid  melihat model rokok serta buku-buku, brosur dan risalah berkaitan dadah. Murid-murid masuk ke bilik ini mengikut jadual yang telah disediakan.

4.     Pertandingan Melukis Dan Mewarna Poster

Pertandingan ini melibatkan semua murid. Tahun 1 hingga Tahun 3 mewarna poster manakala melukis poster untuk tahun 4 hingga  6. Semua murid menyertai aktiviti ini semasa kelas Pendidikan Seni Dan Visual.

5.     Pertandingan Koir Anti dadah

Pertandingan Koir Anti Dadah ini khusus  untuk murid tahun 4. Setiap kelas mengambil bahagian dengan aktif. Setiap kumpulan mengandungi 15 orang peserta. Pertandingan telah diadakan pada hari Khamis selepas waktu rehat. Aktiviti berjalan dengan lancar.

6.     Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Pertandingan ini khusus untuk murid-murid tahun 6 sahaja. Peserta dipilih 2 orang daripada setiap kelas  lelaki dan perempuan.Aktiviti ini dijalankan pada hari Jumaat selepas perhimpunan. Murid-murid mencari skrip sendiri dan sajak bertema anti dadah.

7.     Pertandingan Sahibba

Pertandingan membina perkataan berkaitan dadah melalui permainan sahibba ini dikhususkan kepada murid-murid tahun 5 sahaja. Penyertaan terdiri daripada 2 orang murid setiap kelas ( seorang lelaki dan seorang perempuan).
Pertandingan telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada AJK yang ditugaskan.


Menceriakan laluan PPDa


Ahli Pembimbing Rakan Sebaya mengemaskini bilik PPDa 
sebelum pameran bermula



Deklamasi sajak


Ucapan Perasmian oleh En Mohamad Jafar bin Ibrahim, 
Guru Besar SK Desa Baiduri


Lafaz Ikrar Anti Dadah


Melihat pameran di bilik PPDa


Murid-murid Tahun 1 mendengar penerangan 
mengenai bahaya dadah


Murid-murid pra sekolah juga diberi pendedahan
 tentang bahaya dadah


Murid sesi petang melihat pameran


Khusyuk melihat pameran


Kuiz spontan Program 5 Minit Anti Dadah



Permainan sahibba membina perkataan anti dadah


Memerah otak mencari nama-nama dadah


Koir anti dadah


Koir anti dadah




Friday 27 February 2015

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH DIRI TAHUN 6

Tarikh : 24 Februari 2015

Hari    : Selasa

MATLAMAT

Bagi melahirkan anak-anak bangsa yang berilmu dan berpelajaran di samping membantu para pelajar memperolehi teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Program ini diharap dapat menanamkan semangat dan cita-cita tinggi kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran dan dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF

Di akhir program ini murid dapat :
  1. Mengetahui apakah kriteria menjadi pelajar cemerlang
  2. Memahami dan mengamalkan budaya pelajar cemerlang dalam kehidupan.
  3. Membantu pelajar memanfaatkan peluang dan potensi yang ada bagi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.