PPDA

DASAR DADAH NEGARA
Mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas Daripada Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 Bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat Dan Mengekalkan Kestabilan Dan Ketahanan Nasional

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan beripaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.

OBJEKTIF PENDIDIKAN DADAH
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
VISI PPDA

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012


MISI PPDA

MELAHIRKAN PELAJAR BEBAS DADAH MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH YANG MANTAP DAN BERKESAN DALAM MEMPASTIKAN SEKOLAH BEBAS DARI DADAH

PERANCANGAN PROGRAM PPDA 2015

Tarikh

Aktiviti

Februari
v  Melengkapkan papan kenyataan di laluan anti dadah
v  Pembinaan blog
v  Melengkapkan Fail Pengurusan
Mac
v  Penyediaan bahan untuk Minggu Anti Dadah di bilik PPDa
v  Keceriaan Bilik PPDa

Sepanjang Bulan April
v  Minggu Anti Dadah .Program-program yang akan diadakan:
v  Pertandingan mewarna   (Tahap 1)
v  Pertandingan melukis poster (Tahap 2)
v  Pertandingan Koir Anti Dadah (Tahun 4)
v  Pertandingan Sahibba  (Tahun 5)
v  Pertandingan Deklamasi Sajak Anti Dadah  (Tahun 6 )
v  Pameran Anti Dadah-Bilik PPDa
v  Pameran  AADK
v  Tayangan video
v  5 Minit Anti Dadah
Mac - Oktober
v  Bilik PPDa dibuka mengikut tempahan.


PERANCANGAN TAHUNAN
PROGRAM PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH 2015


Tarikh

Aktiviti

Sasaran

Tindakan

Februari

v Melengkapkan papan kenyataan di laluan anti dadah
v Pembinaan blog
v Melengkapkan Fail Pengurusan


Semua AJK

AJK

Pn Ros Yatimah


Mac

v Penyediaan bahan untuk Minggu Anti Dadah di bilik PPDa
v Keceriaan Bilik PPDa

Semua AJK

Pn Ros Yatimah

Pn Norelawati


April Minggu Kedua

v Minggu Anti Dadah Program-program yang akan diadakan:
v Pertandingan mewarna
v (Tahap 1)
v Pertandingan melukis poster.
v (Tahap 2)
v Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tahun 6),
v Pertandingan Sahibba Anti Dadah (Tahun 5)
v Pertandingan Koir Anti Dadah
v (Th 4)
v Pameran Anti Dadah-Bilik PPDa
v Pameran/Ceramah Anti Rokok/Anti Dadah
v Tayangan video
v 5 Minit Anti Dadah

Semua murid SKDB




Pn Yougesvari

Pn Norelawati

Pn Norhashimah

En Adlan bin Abdul Hamed

Pn Nur Azhana
Pn Ros Yatimah
En Yusrizal Yusof
En Mohd Lukhman
Pengawas PPDa


Februari hingga Oktober

v Bilik PPDa dibuka untuk PdP




Pn Ros Yatimah




MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH 2015

VISI
Sekolah Bebas Dadah
MISI
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

OBJEKTIF

  1.  Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah,rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AidsMembangun modal insan yang memiliki  ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  2. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  3. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar  mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah ’

SASARAN

Semua guru,kakitangan sekolah dan murid-murid SK Desa Baiduri

TARIKH

6 hingga 10 April 2015

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

1.   Majlis Pelancaran Dan Perasmian Minggu Pendidkan Dan Pencegahan Dadah

2.   Program 5 Minit Anti Dadah

Aktiviti ini diadakan pada awal pagi hari Selasa sehingga hari Khamis. Dalam aktiviti ini guru bersama pengawas PPDa memilih tajuk berkaitan dadah dan menerangkan kepada murid di dataran perhimpunan pada awal pagi. Guru-guru yang terlibat ialah En Adlan, En Yusrizal Yusof, Pn Norelawati bt Abu Hassan dan Pn Hjh Ros Yatimah bt Hj Amat.

Tajuk yang disampaikan adalah apa itu dadah, jenis-jenisnya, kesan dadah dan cara mengelak terjebak ke dalam jerat dadah. Diadakan juga soalan kuiz spontan dan murid diberi hadiah.

3.     Pameran Anti Dadah.

Aktiviti ini dilaksanakan pada setiap hari sesi pagi dan petang di bilik PPDa. Bilik ini dilengkapi dengan bahan-bahan pameran yang bersesuaian dan murid-murid  melihat model rokok serta buku-buku, brosur dan risalah berkaitan dadah. Murid-murid masuk ke bilik ini mengikut jadual yang telah disediakan.

4.     Pertandingan Melukis Dan Mewarna Poster

Pertandingan ini melibatkan semua murid. Tahun 1 hingga Tahun 3 mewarna poster manakala melukis poster untuk tahun 4 hingga  6. Semua murid menyertai aktiviti ini semasa kelas Pendidikan Seni Dan Visual.

5.     Pertandingan Koir Anti dadah

Pertandingan Koir Anti Dadah ini khusus  untuk murid tahun 4.Setiap kelas mengambil bahagian dengan aktif. Setiap kumpulan mengandungi 15 orang peserta. Pertandingan telah diadakan pada hari Khamis selepas waktu rehat. Aktiviti berjalan dengan lancar.

6.     Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Pertandingan ini khusus untuk murid-murid tahun 6 sahaja. Peserta dipilih 2 orang daripada setiap kelas  lelaki dan perempuan.Aktiviti ini dijalankan pada hari Jumaat selepas perhimpunan. Murid-murid mencari skrip sendiri dan sajak bertema anti dadah.

7.     Pertandingan Sahibba

Pertandingan membina perkataan berkaitan dadah melalui permainan sahibba ini dikhususkan kepada murid-murid tahun 5 sahaja. Penyertaan terdiri daripada 2 orang murid setiap kelas ( seorang lelaki dan seorang perempuan).
Pertandingan telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada AJK yang ditugaskan.


Menceriakan laluan PPDa


Ahli Pembimbing Rakan Sebaya mengemaskini bilik PPDa 
sebelum pameran bermula



Deklamasi sajak


Ucapan Perasmian oleh En Mohamad Jafar bin Ibrahim, 
Guru Besar SK Desa Baiduri


Lafaz Ikrar Anti Dadah


Melihat pameran di bilik PPDa


Murid-murid Tahun 1 mendengar penerangan 
mengenai bahaya dadah


Murid-murid pra sekolah juga diberi pendedahan
 tentang bahaya dadah


Murid sesi petang melihat pameran


Khusyuk melihat pameran


Kuiz spontan Program 5 Minit Anti Dadah



Permainan sahibba membina perkataan anti dadah


Memerah otak mencari nama-nama dadah


Koir anti dadah


Koir anti dadah

No comments:

Post a Comment